Tentang Kami
ST WATER WORLD
Terletak di kawasan Bandar Baru Tunjong di Daerah Kota Bharu, ST WATER WORLD terkenal dengan kerja-kerja pembinaan ditubuhkan sejak tahun 2014 dan berdaftar dengan CIDB sebagai Kontraktor G7.
ST WATER WORLD juga komited untuk menyediakan pelanggan kami hasil kerja yang berkualiti tinggi beserta sokongan penyelenggaraan.
Syarikat telah mula mengembangkan sayap perniagaannya dalam industri pertanian serta perkilangan bermula tahun 2022.
Bermula daripada kewujudannya, syarikat ini telah didokong oleh rangkaian tenaga mahir dan berpengalaman dalam bidang pembinaan bangunan. Berbekalkan kemahiran dan pengalaman ini, syarikat ini bertekad dan komited untuk memberikan satu perkhidmatan yang berkesan dan berdaya maju dan seterusnya dapat memberikan kesan/impak yang maksima kepada setiap pelanggan.
Produk Berasaskan Nanas
Pada tahun 2023 syarikat telah membuat perancangan dan merealisasikan rancangannya untuk mengeluarkan beberapa jenis produk berasaskan nanas. Kapasiti perkilangan dengan menggunakan buah nanas dari jenis MD2.
Produk Nanas MD2
Antaranya ialah minuman jus nanas asli, cuka nanas, minuman jus nanas dengan campuran cuka nanas, jem nanas serta kordial nanas.
Matlamat
Matlamat syarikat kami adalah untuk memantapkan daya saing di dalam semua aspek baik dari segi pengurusan, penyelenggaraaan kerja dan masa, penyediaan produk, kualiti produk dan cara pemasaran produk.
Persaingan yang semakin hebat memerlukan perancangan dan strategi pengurusan yang bijak di dalam menghadapi tekanan daripada pesaing-pesaing. Di dalam mencari kelebihan ini kami memberi keutamaan kepada kehendak pelanggan dan keupayaan kami menghasilkan dan mengeluarkan produk dalam jangka masa yang telah ditetapkan.
Objektif
Memastikan perjalanan pemprosesan produk dari awal hingga pengeluaran produk akhir berjalan dengan baik dan bermutu.
Merancang sistem dan konsep pemasaran dan pengedaran yang lebih efektif bagi memberikan keuntungan dan pulangan terbaik kepada syarikat dan juga rangkaian pemasaran.
Menjadi pengeluar penjagaan diri berjenama terbesar dan terbaik di dunia sambil memastikan nama dan produk berkualiti tinggi. merancang sistem dan konsep pemasaran dan pengedaran yang lebih efektif bagi memberikan keuntungan dan pulangan terbaik kepada syarikat dan juga rangkaian pemasaran.
Misi
Menyediakan produk kesihatan dan kecantikan yang bertaraf antarabangsa serta menerajui teknologi dari segi penyelidikan dan prosess penyediaan yang terkini di Asia mahupun dunia.
Merealisasikan kelompok usahawaan yang cemerlang dalam konse perniagaan pintar dengan pelan pemasaran dan produk yang mempunyai daya maju yang tinggi, sekaligus menjadikan STW sebagai platform untuk perniagaan yang lebih global.
Visi
Menjadi pengeluar dan pemasar utama bertaraf dunia bagi produk penjagaan diri dalam industri kesihatan dan kecantikkan berasaskan buah-buahan tempatan melalui penyelidikan dan formulasi dari pakar penyelidik Universiti Malaysia Kelantan (UMK).